Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pertandingan Tazkirah Pendek Isra' Mikraj 1442H/2021M

Pertandingan Tazkirah Pendek 
Sambutan Isra’ Mikraj 1442 H / 2021 M 
 
Anjuran : Badan Dakwah & Qudwah, Sekolah Menengah Agama Pelangai Bentong. 
 
Syarat –syarat pertandingan : 
 
1. Pelajar berdaftar SMA Pelangai Bentong Tahun 2021. 
 
2. Pertandingan ini berkategori Terbuka Lelaki & Terbuka Perempuan. Setiap kategori ada Johan , Naib Johan, & Tempat ke-3. 
 
3. Pelajar berpakaian kemas dan sopan untuk rakaman video. 
 
4. Menghantar video anda sendiri memberikan tazkirah pendek tidak melebihi tempoh 1 minit 30 saat. 
 
5. Tazkirah ringkas anda bertajuk : Peristiwa Isra’ Mikraj Rasullullah SAW. Peserta boleh menghuraikan sebahagian daripada peristiwa yang dilalui Rasulullah SAW dan pengajarannya kepada seorang yang bergelar pelajar. 
 
6. Hantarkan video asli anda beserta Nama Penuh, No KP dan Tingkatan ke Pautan Telegram : 
 https://t.me/joinchat/l3a2u67YDIE5MzM1 
 
7. Tarikh tamat penyertaan pada 1 Syaaban 1442 H bersamaan  14 Mac 2021 Jam 8.00 malam.

Tag: pertandingan tazkirah pendek israk mikraj Rasululllah 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini