Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi

31 Julai, Isnin -  Selama 7 tahun menerajui pentadbiran SMAP, Tuan Haji Mohd Nasir b. Abdul Malek akan mula bersara pada 1 Ogos 2017. Beliau mula berkhidmat di Jabatan Agama Islam Pahang sebagai guru mulai tahun 1986.

Sepanjang 30 tahun berkhidmat, beliau telah bertugas di beberapa buah sekolah menengah agama di negeri Pahang antaranya SMA Al Khairiah, Maahad SAS, SMA Padang Tengku dan SMA Pelangai.

Beliau sangat disegani oleh warga SMAP dan masyarakat setempat sehinggakan hampir setiap kali tiba perkara berbangkit di dalam mesyuarat beliau akan bertanya perkara apa lagi yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat.

Warga SMAP benar-benar terinspirasi dengan beliau, dan akan terus menabur bakti kepada masyarakat setempat.

Insyaallah semoga usaha yang kita lakukan bersama mendapat ganjaran oleh Allah.

Semoga tidak lupakan kami di SMAP, Selamat Bersara Tuan Haji :)

Tag: majlis persaraan perpisahan sulaman kasih junjungan budi pengetua

0 komen

Sila berikan komen anda di sini