Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Latihan Kebakaran 2018

23 April, Isnin – Unit Keselamatan 4K SMAP dengan kerjasama Pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Karak telah menganjurkan Latihan Kebakaran 2018. Program yang diadakan sepanjang tahun ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bagaimanakan pelan kecemasan sewaktu berlakunya perkara yang tidak di ingini.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini kehadiran pihak Bomba sendiri membuatkan warga SMAP begitu teruja! Kemunculan kenderaan Bomba terut mencuri tumpuan dengan bunyi siren kecemasan menjadikan warga terus ke kawasan perhimpunan seperti yang di tetapkan.

Pihak Bomba turut membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dan pili bomba. Beberapa pelajar turut mengambil peluang ini untuk mencuba sendiri menggunakan alat pemadam api dan pili bomba. Tahniah Unit Keselamatan 4K atas program yang berjaya ini!

Tag: latihan KEBAKARAN smap Bomba penyelamat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini