Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Zakat Majlis Ugama Islam Pahang

26 April, Rabu - Alhamdulilah dan terima kasih , itulah ucapan yang dapat diucapkan sebagai tanda kesyukuran diatas penerimaan wang bantuan zakat dari Majlis Ugama Islam Pahang bagi tahun 2017. Pada tahun ini, semua pelajar layak menerima RM 100 sebagai wang bantuan zakat dari Majlis Agama Islam Pahang. 
     Tiga orang pegawai Majlis Ugama Islam Pahang telah hadir bagi menyerahkan wang tersebut. Majlis penyerahan telah dijalankan didalam bilik darjah. Diharap dengan bantuan zakat ini dapat membantu pelajar dan pihak sekolah dalam aspek kewangan bagi menjayakan lagi sebarang program dan aktiviti sekolah.

Tag: smap zakat muip

0 komen

Sila berikan komen anda di sini