Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Program Bersama Aman Palestin

7 April, Jumaat- Satu program bantuan kemanusiaan telah  berjaya diadakan pada hari ini dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin. Pihak Aman Palestin telah mengadakan satu siri ceramah tentang isu kemanusiaan yang berlaku di bumi Syiria. Pelajar didedahkan dengan punca dan kesan peperangan yang berlaku di Syiria dan peranan kita sebagai saudara seakidah untuk membantu mereka sedaya yang mungkin.
      Pihak sekolah telah melancarkan tabung kemanusiaan dan bejaya mengumpul sebanyak       RM 813 hasil sumbangan pelajar,guru, pihak sekolah dan PIBG. Diharap program seperti ini dapat menyuburkan sifat kasih sayang sesama insan dikalangan warga SMA Pelangai.

Tag: smap Aman Palestin Syiria

0 komen

Sila berikan komen anda di sini