Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Mukhayam Daei 2.0

6 Januari 2016, Jumaat - Satu program yang dikenali sebagai Mukhayam Daei 2.0 telah dijalankan di SMA Pelangai anjuran Badan Dakwah Dan Qudwah (DAQU). Ia merupakan lanjutan program Mukhayam Daei yang telah dijalankan sebelum ini di Universiti Malaya. Antara tenaga penggerak utama program ini ialah Ustaz Safuan Adnan,Ustaz Tijani , Ustaz Shahnoor, Ustaz Hafiz dan Ustazah Nursyabilla.

   Seramai 30 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan yang terdiri dari Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) dan Badan Dakwah dan Qudwah (DAQU) telah menyertai program tersebut. Manakala fasilitator pula seramai 7 orang yang terdiri daripada alumni SMA Pelangai dan mahasiswi UM.

  Program ini adalah bertujuan untuk memberikan nilai tambah dari aspek kredibiliti dan wibawa badan kepimpinan serta memantapkan sistem kepimpinan dan perjalanan usrah disekolah. Antara elemen yang kemahiran yang diterapkan adalah Pengucapan Dakwah,(Kita Pendakwah Full Time atau Part Time?), Bedah buku Usrah Badar dan perancangan program BKP dan DAQU untuk sesi 2017. 

Tag: smap DAQU Mukhayyam 2.0 Badan Kepimpinan Pelajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini