Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMAP kali ke 27

12 Oktober, Jumaat - Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke-27 bagi SMAP. Koperasi SMAP adalah satu-satunya koperasi sekolah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di daerah Bentong ini. 

Pencapaian Koperasi SMAP ini boleh dikatakan agak baik kerana pada tahun 2017, SMAP telah dinobat sebagai Koperasi Terbaik dalam Hari Koperasi Negara peringkat negeri Pahang dan memenangi wang tunai RM5000.

Tahun ini, dilaporkan seramai 405 orang ahli telah menyertai koperasi ini. Semoga Koperasi SMAP terus maju dan memperkembangankan perniagaannya.Amin.

Tag: Mesyuarat agung KOPERASI smap buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini