Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

MTQSS Bentong 2017

9 Mac, Khamis - Usai saja MASISUPA Zon 3 beberapa hari yang lepas, SMAP telah dijemput menyertai Majlis Tadarus Al Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) peringkat daerah Bentong. Tahun ini, SMK Seri Pelangai telah dipilih menjadi tuan rumah bagi acara yang julung kali diadakan saban tahun ini.

Pelbagai acara ilmiah dipertandingkan bermula jam 8.00 pada hari ini. SMAP telah menghantar 6 orang peserta ke MTQSS ini dan keputusan pertandingan yang dimenangi oleh SMAP adalah seperti berikut:

Keputusan MTQSS Bentong

  • Tilawah :
    Lelaki : Naib Johan
    Perempuan : Ketiga
  • Hafazan :
    Lelaki : Ketiga
    Perempuan : Ketiga
  • Syarahan Agama :
    Perempuan : Naib Johan
Sekalung Tahniah buat peserta-peserta SMAP yang telah memenangi acara. Kepada yang belum menang, usaha lagi tahun hadapan :)

Tag: MTQ Bentong MTQ Bentong smap buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini