Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Majlis Solat Hajat Perdana SPM 2020

19 Februari, Jumaat- Pelajar SPM 2020 merupakan salah satu kumpulan pelajar yang sangat terkesan daripada pandemik Covid19 ini. Selain STPM, peperiksaan awam utama ini sememangnya turut mendebarkan pelajar-pelajar.

SPM 2020 yang sepatutnya dijadualkan pada Okt 2020 telah ditunda ke Feb 2021 akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan sejak Mac 2020.

Bagi memberikan semangat dan kekuatan kepada pelajar SPM 2020, SMAP telah melaksanakan kelas tambahan bagi pelajar tersebut. Tambahan, Program SOlat Hajat Perdana turut dijalankan untuk bermunajat kepada Allah SWT agar pelajar SPM 2020 bersemangat & dapat menjawab soalan SPM 2020 dengan baik. Program pada tahun ini berbeza dari tahun sebelum dan dijalankan secara online.

Perjalanan program ditayangkan secara langsung di Facebook Page SMAP untuk tontonan ibubapa khususnya. Dengan kata-kata semangat yang dilontar dalam ruangan komen, insyaallah pelajar-pelajar sungguh terharu dengan sokongan yang diberikan. Selamat Maju Jaya kepada Pelajar SPM2020!

link: https://fb.watch/4ZTeA0CyOk/

Tag: Solat Hajat perdana spm2020 hajat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini