Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

MASISUPA Zon 3 2017

6 Mac, Isnin – Antara program terbesar yang dinantikan oleh warga Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang iaitu Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Ugama Pahang (MASISUPA) pada setiap tahun. Bagi MASISUPA Zon 3, SMA Chenor telah dipilih menjadi tuan rumah tahun ini. Acara ilmiah yang bermula pada 1 Mac menyebabkan kontinjen SMAP terpaksa bermalam lebih awal iaitu pada 28 Februari. Sebanyak 2 buah bas di sewa oleh SMAP untuk menghantar kontinjen ke SMA Chenor.

Bermula pada 1 hingga 2 Mac, acara-acara ilmiah telah dipertandingkan. Antaranya Tilawah, Hafazan, Nasyid, Marhaban, Syarahan BA, Forum, Bahas BM, Bahas BI dan beberapa acara lain lagi. Semua peserta dari SMAP telah memberikan persembahan yang terbaik mereka. Antara keputusan ilmiah para peserta SMAP ialah:

  • Khutbah NAIB JOHAN
  • Kuiz B.I NAIB JOHAN
  • Marhaban JOHAN
  • Bahas BM NAIB JOHAN
  • Tilawah Al Quran:
    • Lelaki rendah KETIGA.
    • Perempuan rendah NAIB JOHAN.
  • Syarahan B.i lelaki KETIGA
  • Tafsir quran L NAIB JOHAN
  • Tafsir quran P JOHAN
  • Bahas b.i NAIB JOHAN
  • Syarahan arab lelaki NAIB JOHAN
  • Khat lelaki KETIGA
  • Bahas bm NAIB JOHAN (Pembahas Terbaik: Nurin Jazlina)
  • Bahas bi NAIB JOHAN
  • Bahas ba KETIGA
  • Forum KETIGA (Panel Terbaik: Husna Diyana)
Pada 2 hingga 5 Mac, acara sukan mula dipertandingkan dalam keadaan cuaca yang agak mencabar. Hujan yang turun setiap hari bermula sejak isnin lagi sememangnya memerlukan setiap pengerusi teknikal sukan mencari backup plan supaya setiap acara berjalan lancar. Berikut merupakan antara acara yang dimenangi oleh kontinjen SMAP:

  • 1.Futsal Men & Bawah KETIGA
  • 2. Pingpong (L) men bwh KETIGA
  • 3. Bola tampar (L) KETIGA
  • 4. Bola tampar (P) KEEMPAT
  • 5. BJ KEEMPAT
Alhamdulillah, sepanjang kejohanan MASISUPA Zon 3 ini berlangsung tiada sebarang masalah besar dan kami sangat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana cuaca baik pada hari Sabtu dan Ahad telah memudahkan perjalanan aktiviti yang telah dirancangkan.

KEPUTUSAN KESELURUHAN MASISUPA ZON 3 2017

  1. SMAKT
  2. SMAC
  3. SMAIG
  4. SMAW
  5. SMAP
  6. SMADN
Tahniah kepada SMA Al-Khairiah Temerloh kerana menjuarai MASISUPA Zon 3 2017. Kepada pasukan SMAP, JANGAN PUTUS ASA! Insyaallah USAHA LAGI, DAPATKAN KEJAYAAN pada MASISUPA akan datang! Jadi, mari kita lihat gambar-gambar sepanjang MASISUPA Zon 3 berlangsung.

Tag: MASISUPA masisupa zon3 smap sma chenor sma al wosto sma guai sma al khairiah sma darunnaim buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini