Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pemantauan Bahagian Pendidikan JAIP 2018

11 Oktober, Khamis - Hari ini Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengadakan “Pemantauan Pengurusan Sekolah 2018”. Rombongan pemantauan tersebut diketuai sendiri oleh Ustaz Ust Abu Bakar bin Mat Saad, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pendidikan JAIP.

Pemantauan kali ini bertujuan untuk memantau segala aktiviti pengurusan sekolah termasuklah pengurusan SPSMA, pengurusan kelas, aktiviti PdPc dan sebagainya.

Alhamdulillah, rombongan tersebut menunjukkan tanda memuaskan setelah selesai sesi pemantauan namun terdapat beberapa aspek yang memerlukan penambahbaikan. Kami warga SMAP akan terus berusaha bagi memastikan SMAP terus profesional dalam menjalankan amanah ini.

Tag: pemantauan JAIP buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini