Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Majlis Pelancaran 4K 2021

9 April, Jumaat - Tidak seperti tahun sudah. Majlis Pelancaran 4K tahun ini diselitkan dalam program besar iaitu Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan 1442H.

SMAP telah melancarkan Program 4K peringkat sekolah yang dinamakan sebagai GERAK 4K. Ini adalah penjenamaan khusu untuk menjadikan setiap unit dalam 4K bergerak aktif dengan program masing-masing. Antara yang telah berlansung adalah Pertandingan Gerak Bersih & Ceria peringkat kelas. Pertandingan belum lagi bermula namun, guru-guru kelas telah membuat persediaan kelas masing-masing sebelum pelajar kembali ke sekolah 5 April lalu. Tahniah buat guru-guru kelas yang bersemangat!

Insyaallah, semoga team 4K SMAP terus melakar program-program bagi meningkatkan kualiti kerja & menjadikan SMAP terus bersih, kondusif, selamat & terbaik dalam membentuk suasana Islamik. Amin..

Tag: pelancaran program 4k gerak 4K

0 komen

Sila berikan komen anda di sini