Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Selamat Hari Kebangsaan 2018!

30 Ogos,Khamis - Hari Kebangsaan bakal menjelma esok! SMAP tidak mahu ketinggalan untuk meraikannya. Satu sambutan Hari Kebangsaan diadakan bagi memperingati jasa pejuang negara yang terdiri daripada Ulama dan pejuang Melayu.

SMAP menjemput Ustaz Abdul Rahim@Kudus dan Encik Johan, dua orang lama yang disegani masyarakat Simpang Pelangai ini untuk berkongsi kisah pahit maung masyarakat pra dan pasca kemerdekaan.

Sebuah majlis solat hajat beserta tahlil untuk para syuhada dan pejuang kemerdekaan turut diadakan. Kita wajar bersyukur dengan apa yang telah kita kecapi hari ini. Jika tiada perjuangan dari mereka, masakan kita mampu berdiri dan hidup sebegini selesa hari ni. Al-fatihah buat pejuang tanah air. Selamat Hari Kebangsaan!

Tag: selamat hari kebangsaan buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini