Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pertandingan Kawad Kaki

18 Nov 2016, Jumaat – Hari ini berlangsung satu lagi acara menarik di SMAP iaitu Pertandingan Kawad Kaki. Acara ini merupakan yang julung kali diadakan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Acara yang melibatkan 4 platun Kadet Polis dan 6 platun Puteri Islam sekolah ini menampilkan persembahan kawad statik, kawad pergerakan dan persembahan.

Hanya dalam masa 3 hari sahaja waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan platun masing-masing. Namun begitu, persembahan kesemua platun adalah diluar jangkaan.

Dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh platun Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Gamma, dan Tango, mereka dapat melakukan persembahan yang terbaik!

Sayangnya, kami tidak sempat merakamkan video persembahan platun oleh kerana juri-juri fokus kepada pemarkahan. Hanya gambar sewaktu penyampaian hadiah yang sempat di rakamkan.

Apapun TAHNIAH APLHA M, BRAVO M, CHARLIE M, DELTA M, ALPHA F, BRAVO F, CHARLIE F, DELTA F, GAMMA, TANGO!

Tag: kawad kaki smap buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini