Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Majlis Perasmian Penutupan Program Rruh Al-Quran 2021

11 April, Ahad -  Selama 3 hari 2 malam, program Rruh Al- Quran berlangsung di SMAP. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 1 & 2 terhadap teknik serta kaedah untuk memudahkan khatam al-quran dan menghafaz ayat-ayat quran.

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang & Guru-guru Tahfiz SMAP dibawah seliaan Ustaz Shahnoor. Program ini turut menampilkan Ustaz Hisham yang juga merupakan Al-hafiz yang berkongsi mengenai kaedah yang terbaik untuk menghafaz al Quran.

Majlis Perasmian Penutupan yang berlangsung pada Ahad turut diserikan dengan persembahan Ujian Tasmik oleh Adik Alif Najmi 2 Firdaus & Adik Aisyah 9 tahun. Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Mesyuarat Majlis Pebandaran Bentong, En Khairul Anuar bin Ahmad.

Semoga program ini terus menyuburkan rasa cinta terhadap al Quran & menjadikan pelajar SMAP terus cemerlang pada masa akan datang!

Tag: perasmian penutupan rruh roh alquran quran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini