Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Watikah Perlantikan Pengawas 2018

17 Januari, Rabu - Hari ini bakal menyaksikan perlantikan para pemimpin pelajar melalui Badan Kepimpinan Pelajar SMAP bagi sesi 2018. Seramai 37 orang pengawas telah dipilih untuk memikul tanggungjawab baru ini.

Kerjasama yang begitu erat daripada pihak Polis dapat dilihat dengan kehadiran Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Bentong, ASP Tuan Ashaari bin Abu Samah. Beliau sememangnya ingin hadir ke sekolah ini kerana beliau merupakan bekas pelajar di sekolah ini sekitar akhir 80an.

Beliau turut berpesan pada para pelajar supaya taat dan patuh kepada peraturan sekolah. Selain itu, beliau sempat memberi amaran agar tidak terlibat dengan sebarang jenayah baik di dalam atau diluar sekolah. Upara menyarung blazer Ketua Pelajar dan Timbalan Ketua Pelajar menjadi simbolik kepada majlis hari ini.

Apapun, tahniah kepada para pengawas yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Tag: watikah perlantikan pengawas buletinsmap BKP kepimpinan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini