Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

PROGRAM PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH SMAP 2021

 Program: Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan SMAP 2021 
Tempat: Kediaman Sendiri 
Tarikh:  30/08/ - 15/09/2021 (Rujuk Jadual) 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga SMAP yg dikasihi. Sekolah kita akan mengadakan beberapa Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan peringkat sekolah 2021. 
 
Pertandingan ini akan diadakan sepanjang minggu tersebut.Mohon jasa baik cikgu2 untuk membuat persediaan.Boleh rujuk jadual yang dilampirkan di bawah. Semua guru akan terlibat dan boleh rujuk kepada penyelaras setiap aktiviti untuk maklumat lanjut. Boleh rujuk jadual di bahagian perincian untuk mendapatkan senarai nama guru @persatuan yg terlibat. 
 
  • Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan
  • Pertandingan Pidato Kemerdekaan
  • Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan
  • Pertandingan Video Kreatif Kemerdekaan
  • Pertandingan Melukis Doodle Kemerdekaan

Semua murid SMAP diharapkan dapat menyertai pertandingan yang telah dirancang dan penglibatan dalam pertandingan akan dikira sebagai Markah PAJSK. Sijil penyertaan akan diberikan untuk setiap aktiviti yang disertai. 
 
Kehadiran PDPR pada minggu tersebut akan diambil seperti biasa. 
 
Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan Kepada Semua.
Terima Kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua. 
#MalaysiaPrihatin

Tag: pertandingan kemerdekaan hari kebangsaan nasionalisme patriotik merdeka

0 komen

Sila berikan komen anda di sini