Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pahang

15 Ogos, Isnin - Sejak Khamis, 11 hb Ogos pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pahang mengadakan majlis Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Simpang Pelangai, Bentong.

Majlis yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini sememangnya meriah dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran-pameran produk koperasi Pahang, jualan makanan, pakaian dan bermacam lagi.

Warga SMAP turut terlibat secara langsung kali ini sebagai peserta dalam majlis bacaan yasin dan tahlil Hari Koperasi Negara 2017. Turut terlibat ialah pasukan koir SMAP yang menyanyikan 4 buah lagu dalam persembahan Perasmian Hari Koperasi Negara 2017.

Ini merupakan suatu penghormatan besar buat warga SMAP atas keterlibatan kami. Tambahan pula, Koperasi SMAP telah mendapat pengiktirafan sebagai Koperasi Terbaik Kategori Sekolah di Negeri Pahang. Alhamdulillah.

Tag: hari KOPERASI negara buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini