Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2017

22 Disember 2016, Khamis - Tahniah dan "Ahlan Wasahlan" buat semua pelajar tingkatan 1 yang mendaftar di SMA Pelangai. Dari 191 yang hadir temu uji hanya 125 orang yang berjaya dan menerima surat tawaran. Seramai 111 orang telah hadir pada hari pendaftaran, 52 orang lelaki dan 59 orang perempuan

    Aturcara bermula dengan pendaftaran nama secara online pada jam 8.30 pagi. Guru bertugas ialah Cikgu Sariah dan Cikgu Zakhairi.Ibu bapa kemudiannya melakukan pendaftaran kelas mengikut senarai nama yang telah disediakan. Setelah itu ibu bapa melakukan pembayaran sekolah, asrama dan koperasi. Buku teks turut diagihkan pada hari tersebut.Sejurus kemudian, pada jam 10.30 pagi satu taklimat ibu bapa telah diadakan di Dewan Faqih Taayun.

Antara guru yang terlibat ialah Ustaz Syed Md Noor selaku ketua warden, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Ustaz Rosli Bin Talib dan Ustaz Syed Hamid Bin Syed Isa selaku Guru Penolong Kanan 1.
[12/29, 10:52 PM] Abang Sayang Plu: Dalam majlis tersebut ibu bapa telah didedahkan tentang peraturan sekolah dan asrama. Selain itu, ibu bapa turut diberi penerangan tentang kurikulum sekolah yang mencakupi bidang akademik dan diniah.

Program diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua dan wakil dari Jaip iaitu Ustaz Syukri Bin Sudin.Program berakhir jam 12 tengah hari dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Hamid.

Tag: Pendaftaran pelajar tingkatan 1

0 komen

Sila berikan komen anda di sini