Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2021

21 Jan, Khamis - Saban tahun, SMAP akan menerima pelajar baru khususnya pelajar Tingkatan 1. Suasana tahun ini adalah berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan bermula awal tahun ini. Ini menyebabkan SMAP terpaksa akur terhadap prerintah tersebut & melaksanakan PdPR.

Namun, Pihak Hal Ehwal Murid (HEM) telah merangka program orientasi kepada pelajar Tingkatan 1. Ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar Tingkatan 1 tentang perkara yang mereka akan pelajari & hadapi sepanjang pembelajaran mereka di SMAP. Untuk makluman, program ini dibuat secara online iaitu menggunakan aplikasi Google Meet & Youtube. Penerangan mengenai kurikulum, peraturan & disiplin, serta kokurikulum telah diberikan oleh setiap Penolong Kanan SMAP.

Sebagai penutup, juga pelajar-pelajar ditunjukkan suasana sekolah termasuk bangunan-bangunan utama di SMAP. Semoga usaha ini memberikan pandangan & permulaan yang baik terhadap pelajar-pelajar Tingkatan 1 SMAP. Selamat Datang kami ucapkan!

link: https://www.youtube.com/watch?v=8twNUfbDk8o

Tag: Orientasi Tingkatan1 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini