Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Fasilitator Kem Smart Solat 2018

15 September, Sabtu - Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2 telah dipilh untuk menjadi Fasilitator Program Kem Smart Solat yang dianjurkan oleh SK Bukit Mendi. Ini merupakan suatu penghormatan buat pelajar SMAP kerana jarang sekali pelajar dipanggil untuk mengendalikan sebuah program motivasi di luar.

Berbekalkan bimbingan yang telah diberikan oleh Ustaz Safuan dan Ustaz Tijani, Alhamdulillah mereka berjaya mengendalikan aktiviti tersebut dengan jayanya. Tahniah!

Tag: fasilitator kem buletinsmap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini