Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Ceramah Pertolongan Cemas

2 November, Jumaat – Bagi mengisi sesi pembelajaran selepas tamat Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2018, pihak sekolah telah merancang beberapa aktiviti sepanjang 3 minggu akhir persekolahan ini.
 
Bermula hari ini, Ceramah Pertolongan Cemas diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang persediaan serta langkah pertolongan sewaktu kecemasan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Nurul Adawiyah dari Klinik Kesihatan Simpang Pelangai.
 
Beliau turut dibantu oleh 2 orang Pembantu Perubatan, Encik Din dan Encik Faiz, yang telah menunjukkan demonstrasi menggunakan peti pertolongan cemas dan langkah-langkah yang perlu diambil sewaktu rawatan kecemasan.
 
Pelajar turut mencuri peluang ini untuk bertanyakan soalan serta mencuba sendiri melakukan rawatan kecemasan dengan bantuan Pembantu Perubatan. Kami ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman serta ilmu dalam memberikan rawatan kecemasan. 

Tag: CERAMAH klinik pertolongan cemas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini