Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 21/2017

21 April, Jumaat- Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sesi 2015/2016 kerana telah Berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 21 pada tahun ini. Pihak sekolah telah menjemput YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan bin Yaakob bagi merasmikan mesyuarat pada kali ini, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan beliau tidak dapat hadir dan Puan Fuzira Abdul Rahim dari Majlis Perbandaran Bentong mewakili beliau pada kali ini. 

Majlis dimulakan dengan mesyuarat pada jam 8.00 pagi .Pemilihan ahli jawatankuasa yang baru telah diadakan pada kali ini. Semua ahli yang hadir telah sebulat suara melantik kembali Yang Di Pertua PIBG sesi yang lepas, Encik Mustapha Faidzul sebagai Yang Di Pertua PIBG untuk sesi yang akan datang ini. Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Encik  Yusri Saliman sebagai Naib Yang Di Pertua PIBG bagi sesi ini. Banyak isu-isu dan usul-usul yang dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini. 

Tag: smap mesyuarat agung tahunan PIBG

0 komen

Sila berikan komen anda di sini