Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

HARI PELAPORAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

Temerloh – Pada 13 julai yang lepas, Unit Kurikulum Sma Al Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan Hari Pelaporan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. Tujuan hari pelaporan ini diadakan adalah untuk menyampaikan keputusan pelajar kepada ibu bapa dan memberitahu tahap pencapaian pelajar-pelajar disekolah. Jam seawal 9.00 pagi ibu bapa mula memenuhi kawasan sekolah. Tepat jam 10.00 pagi keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelajar-pelajar bersama ibu bapa telah mengambil keputusan peperiksaan...

Tag: HARI PELAPORAN 2018

Papar Artikel

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL QURAN 2018

Temerloh – Pada 29 Mei yang lepas, SMA Al Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Perdana. Majlis telah dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, TYDP PIBG dan AJK PIBG serta JKKK Kampung Guai dan AJK Masjid Guai. Pelbagai juadah telah disediakan untuk para tetamu, guru, staf serta pelajar-pelajar. Selain dari itu, Majlis Khatam Al Quran juga telah diadakan pada sebelah petangnya. Majlis Khatam ini telah disertai seramai 30 orang daripada pelajar Aspura dan...

Tag: BERBUKA PUASA 2018

Papar Artikel

PROGRAM QURAN HOUR 2018

Temerloh – Pada bulan ramadhan yang lepas, Persatuan Badan Dakwah Ibadah dan Surau (BADIS) Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan program quran hour dan ceramah perdana. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Pada sebelah malam pula diadakan ceramah perdana yang disampaikan oleh PU Faris. Ceramah disampaikan selepas solat tarawih di surau sekolah. 

Tag: QURAN HOUR 2018

Papar Artikel

SAMBUTAN HARI GURU SMAIG 2018

Temerloh – Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh Pahang. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tingkatan Lima (PERLIMA). Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan untuk para guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru. Semua guru menyertai setiap aktiviti yang diadakan. Tema guru pada tahun ini adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Tag: Hari Guru 2018