Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

KURSUS ALAT MUZIK PERCUSSION DI SUTRA NURANI ENTERPRISE

 Pada 18 Februari 2017: Kelab Nasyid dan Kesenian SMAIG dibawah pengurusan KoKurikulum SMAIG telah mengadakan Kursus Percussion yang bertempat di Sutra Nurani Enterprise Bandar Baru Selayang, Batu Caves Selangor. Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada ahli kelab cara bermain alat muzik percussion dengan betul, melahirkan golongan pelajar yang berkebolehan dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta menambah pengetahuan pelajar dan kemahiran mengendalikan sesebuah alat muzik agar lebih cemerlang pada masa hadapan. Seramai 10 orang pelajar telah mengikuti kursus tersebut selama satu hari dan diriingi oleh En. Mohd Hashrafful Bin Amdan dan En. Alif Najmi Bin Zulkifli selaku guru pengiring. Diharap pelajar-pelajar dapat menimba segala ilmu dan pengalaman semasa kursus tersebut berlangsung.

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat” 

Tag: KURSUS PERCUSSION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini