Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MAJLIS PERMUAFAKATAN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2016

Tanggal 22 jun 2017 telah berlangsungnya Majlis Permuafakatan Dan Anugerah Cemerlang 2016. Tujuan Majlis Permuafakatan merupakan agenda sekolah bagi menyampaikan maklumat tentang hala tuju dan harapan sekolah mankala Majlis Anugerah Kecemerlangan pula bertujuan menghargai pencapaian pelajar dan guru dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum 2016. Selain itu program ini bertujuan Memupuk semangat dan motivasi dalam diri pelajar seterusnya melakukan anjakan paradigm serta memperkukuh hubungan silaturahim antara ibu bapa penjaga dan pihak sekolah serta menghargai pencapaian pelajar dalam pelbagai bidang. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan dimulai dengan Ceramah Motivasi untuk pelajar Tingkatan 3, 4, & 5 manakala pelaporan keputusan peperiksaan untuk pelajar Tingkatan 1 & 2. Taklimat Kurikulum Dan Hala Tuju Sekolah disampaikan oleh Puan Hajah Norida Binti Badarudin selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum manakala Taklimat Disiplin disampaikan oleh wakil Encik Mohamad Hafiz Bin Mahusain selaku Guru Penolong Kanan Hal Kokurikulum. Majlis berakhir dengan  penyampaian hadiah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2016, PT3, SMA & SPM serta Anugerah Kokurikulum.

Tag: PERMUAFAKATAN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2016

0 komen

Sila berikan komen anda di sini