Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

TAKLIMAT PELALIAN HPV KEBANGSAAN 2018

9 Januari 2018 - Pada 9 Januari yang lepas telah berlangsung program taklimat pelalian HPV untuk pelajar-pelajar perempuan Tingkatan 1 sahaja. Taklimat ini telah disampaikan oleh penolong pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Takilimat disampaikan pada jam 11.00 pagi. Tujuan Taklimat ini disampaikan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 berkenaan program pelalian HPV ini. Imunisasi Human Papiloma Virus (HPV)  ini boleh mencegah kanser servik. Ianya diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 di sekolah. Imunisasi ini diberikan sebanyak 2 dos dalam tempoh 6 bulan.

Tag: TAKLIMAT HPV 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini