Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

CERAMAH DISIPLIN & MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2018

TEMERLOH – Tanggal 31 Januari 2018 telah diadakan Ceramah Disiplin dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar Tahun 2018. Program dimulakan dengan Ceramah Disiplin yang telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Mohd Razzi Bin Ismail, Inspektor Ketenteraman Awam IPD Bera merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah pada jam 8.30 pagi. Sejurus selepas itu, program diteruskan lagi dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada kepimpinan pelajar SMA Al Ittifaqiyyah Guai bagi tahun 2018. Barisan penerima watikah adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Exco Asrama Putera dan Puteri. Watikah telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Mohd Razzi Bin Ismail diriingi oleh Pengetua, Tuan Haji Zulkifli Bin Md Nor. 

Untuk melihat lebih banyak foto program sila klik link di bawah
http://sman.pahang.edu.my/schools/12/galleries/394

Tag: WATIKAH 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini