Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

TAKLIMAT KESEDARAN UJIAN SARINGAN TALASEMIA 2018

Pada 9 Januari 2018 telah berlangsung program taklimat kesedaran ujian saringan Talasemia. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penolong pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Taklimat ini disampaikan untuk pelajar -pelajar tingkatan 4 sahaja. Taklimat bermula pada jam 10.00 pagi. Apa itu talasemia ? Talasemia adalah sejenis penyakit keturunan. Penyakit ini diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar mengenai penyakit ini. Selepas taklimat kesedaran diberikan, ujian saringan talasemia akan dilakukan pada tarikh yang akan ditetapkan. Ujian saringan Talasemia hanya perlu dilakukan sekali  seumur hidup. Bagi pelajar, ujian ini akan diberikan secara percuma di semua sekolah.

Tag: TAKLIMAT TALASEMIA 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini