Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

BENGKEL KEMAHIRAN MENGHAFAZ AL QURAN

TEMERLOH – Pada 5 Februari 2018 yang lepas, telah berlangsungnya Bengkel Menghafaz Al Quran bagi pelajar Tingkatan 4 dan pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh Pahang. Bengkel yang berlangsung selama 2 jam ini di bilik seminar telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Hasdi Bin Mohamed Al Hafiz dari Sekolah Menengah Agama Al Maarif Kuantan Pahang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar – pelajar tentang teknik dan kemahiran menghafaz dengan betul khususnya bagi pelajar – pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA). Pelajar juga telah mempelajari proses menghafaz Al Quran dengan mudah melalui latihan yang disediakan serta menjadikan proses menghafaz menjadi lebih cepat. Pihak sekolah berharap dengan adanya program seperti ini dapat memupuk minat pelajar – pelajar SMAIG dalam menghafaz Al Quran malah teknik yang telah diperkenalkan oleh penceramah dapat diaplikasikan dalam subjek – subjek yang lain. 

Tag: HAFAZ AL QURAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini