Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ZAMZABAR BIN ABD RAHIM

Yang datang pasti akan pergi, Itulah lumrah di alam ini. Begitu juga dengan warga Sma Al Ittifaqiyyah Guai. Pada 19 JuIai 2017 ini, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Zamzabar Bin Abd Rahim akan bersara. Beliau merupakan perintis awal di sekolah ini dan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam pembangunan di sekolah. Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah. Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

Tanggal 19 Julai 2017 merupakan hari terakhir Cikgu Zamzabar berada dalam kalangan warga SMAIG dan menaburkan jasa serta baktinya kepada sekolah. Sesungguhnya perkhidmatan serta jasanya di sekolah ini sangatlah besar. Hampir 16 tahun beliau berkhidmat di SMAIG sebagai pendidik. Warga SMAIG amat berharap agar Cikgu Zamzabar sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera serta berdoa semoga Cikgu Zamzabar dapat menempuh usia persaraan dengan gembira di samping keluarga tercinta. 

LAMBAIAN KASIH , SANJUNGAN BUDI ...SELAMAT BERSARA CIKGU ZAM....JASAMU DI KENANG...

Tag: PERSARAAN CIKGU ZAMZABAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini