Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

SAMBUTAN HARI GURU 2017

Tanggal 16 Mei 2017, telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Dengan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa, sambutan yang setiap tahun diadakan ini telah dianjurkan oleh Pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai. Pelbagai aktiviti menarik bagi meraikan guru-guru SMA Al-Ittifaqiyyah Guai. Sambutan dimulakan dengan upacara gimik perasmian oleh pelajar-pelajar. Seusai perasmian, acara sukaneka bermula. Antara aktiviti yang diadakan ialah pancing botol, balingan kasih sayang, handal chopstick, Ada Bran..? serta acara tarik tali sebagai acara kemuncak. Terima kasih diucapkan kepada para guru dan pelajar-pelajar kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik semasa acara berlangsung. Selepas acara sukaneka, guru-guru bergerak pula ke Dewan Amal untuk acara indoor iaitu untuk mendengar perutusan Hari Guru 2017, cabutan bertuah, pertukaran hadiah, Anugerah Khas Guru 2017 dan sebagainya. 
 
Jalan-jalan ke kota raya,
Rasa penat lalu berhenti,
Selamat Hari Guru se Malaysia,
Semoga kalian tidak jemu menabur bakti.
 
Guru Pembina Negara Bangsa...Selamat Hari Guru...Cikgu..!!!

Tag: HARI GURU 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini