Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MASISUPA ZON 3 KALI KE 36 TAHUN 2020

Pada Februari 2020 telah berlangsung Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Negeri Pahang peringkat Zon 3 bagi tahun 2020. Penganjuran MASISUPA Zon 3 pada kali ini telah diadakan secara berperingkat di mana telah dimulakan dengan acara sukan yang dilaksanakan di beberapa tempat dan acara ilmiah telah berlangsung di SMA Al Ittifaqiyyah Guai selaku Tuan Rumah untuk tahun 2020. Pelbagai reaksi suka dan duka yang dapat disaksikan ketika acara berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada peserta-peserta acara sukan dan ilmiah SMA AL Ittifaqiyyah Guai yang telah menyumbang beberapa pingat buat sekolah. Tahniah diucapkan kepada kalian. Moga dengan penganjuran MASISUPA ZON 3 pada kali ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Tag: MASISUPA ZON 3 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini