PROGRAM QURAN HOUR 2018

Temerloh – Pada bulan ramadhan yang lepas, Persatuan Badan Dakwah Ibadah dan Surau (BADIS) Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan program quran hour dan ceramah perdana. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Pada sebelah malam pula diadakan ceramah perdana yang disampaikan oleh PU Faris. Ceramah disampaikan selepas solat tarawih di surau sekolah. 

Tag: QURAN HOUR 2018