Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

PROGRAM SUNTIKAN HPV TINGKATAN 1 PEREMPUAN

SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI : 8 FEBRUARI 2017 – Pada hari ini satu Program Suntikan HPV telah diadakan di sekolah. Program ini khas bagi pelajar perempuan Tingkatan 1 serta pelajar perempuan yang berusia 13 tahun. Program tersebut  telah dilaksanakan oleh Unit Kesihatan Sekolah Temerloh, Klinik Kesihatan Tanjung Lalang.  Program ini dilakukan disekolah secara berkala sebanyak 3 kali lawatan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Suntikan atau pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 2 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

 

“CEGAH KANSER SERVIK MELALUI PELALIAN HPV” 

Tag: PROGRAM SUNTIKAN HPV

0 komen

Sila berikan komen anda di sini