Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MASISUPA ZON 3 2017

Pada 1 – 5 Mac 2017 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) Peringkat Zon 3 bertempat di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran. Kejohanan ini telah sertai oleh pelajar – pelajar dari beberapa sekolah-sekolah agama iaitu SMA CHENOR, SMA AL WOSTO, SMA AL KHAIRIAH, SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI, SMA PELANGAI dan SMA DARUL NAIM KUALA KRAU. Antara acara Ilmiah yang dipertandingkan adalah Syarahan BM, BI dan BA, Tilawah Al-Quran, Tahfiz Al Quran, Kuiz BI, Kuiz BA, Kupasan Hadith, Tafsir Al Quran, Bahas BM, BI dan BA, Khutbah, Marhaban dan Nasyid. Acara sukan pula ialah Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Takraw dan Pingpong.

Pelajar-pelajar SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI telah mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Pelajar-pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi ketika bertanding. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam menyumbangkan pingat kepada sekolah. Berikut adalah hasil pungutan pingat SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI dalam acara Ilmiah dan Sukan MASISUPA peringkat ZON 3 2017 :

 ACARA ILMIAH:
 6 : EMAS
 5 : PERAK
 7 : GANGSA

ACARA SUKAN:
 4 : EMAS
 4 : PERAK
 3 : GANGSA

Secara keseluruhannya, SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI telah mendapat kedudukan yang KETIGA daripada 6 buah sekolah. Bagi pelajar-pelajar yang berjaya mendapat johan dalam acara yang dipertandingkan, mereka akan bertanding pula mewakili ZON 3 dalam MASISUPA PUSAT yang akan berlangsung di KULLIAH AL LUGHAH WADDIN AS SULTAN ABU BAKAR PEKAN PAHANG pada pertengahn bulan Mac ini. Harapan sekolah agar pelajar-pelajar dapat mengharumkan nama sekolah serta dapat mengekalkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum mahupun akademik.

“BADAN YANG SIHAT DARI MINDA YANG CERDAS” 

Tag: MASISUPA ZON 3 2017

2 komen

Afirah95

2017-03-13 09:49:59 UTC

Tahniah

X SMA GUAI

2017-03-13 09:49:34 UTC

Tahniah. Moga SMA Guai terus Cemerlang

Sila berikan komen anda di sini