Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MISBAHUL MUNEER KE MIISSMAM 2018

Temerloh – Pada 27 hingga 29 Julai yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISSMAM) peringkat kebangsaan. Majlis yang berprestij ini telah diadakan di Maahad Ahmadi Gemencheh dan Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan selaku tuan rumah pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, seramai 10 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai mewakili Negeri Pahang telah menyertai acara nasyid kategori lelaki­. Kumpulan yang telah diberi nama sebagai Misbahul Muneer ini telah menyampaikan 2 buah lagu yang bertajuk ‘Ya Ummatal Islam Sirri ‘ilal Amam dan Transformasi Asas Kesatuan Ummah’. Kumpulan nasyid Misbahul Muneer ini telah dibimbing dan dilatih oleh Encik Mohd Hashrafful bin Amdan dan Encik Muhammad Safwan bin Abd Halim. Kumpulan ini telah mendapat giliran yang ke 5 untuk membuat persembahan. Sebanyak 10 kumpulan nasyid dari 10 negeri telah bertanding dalam acara ini. Alhamdulillah, kumpulan ini berjaya mendapat tempat ke 5 dengan markah 78.5 %. Segala penat lelah, usaha, kerjasama dan pengorbanan  guru pembimbing serta ahli kumpulan Misbahul Muneer membuahkan hasil. Kalah menang adat pertandingan. Tahniah diucapkan kepada kalian semua.

Tag: MISBAHUL MUNEER

0 komen

Sila berikan komen anda di sini