Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMAIG

SMA GUAI - Pada 10 MAC 2017, telah berlangsungnya acara Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Semua pelajar SMAIG telah menyertai acara ini. Acara ini merupakan acara tahunan sekolah. Sebelum memulakan larian, pelajar-pelajar melakukan senaman ringan untuk mengelakkan berlaku kecederaan dan sebagainya. Pelajar-pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika merentas desa. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan larian sebanyak 10 kilometer. Hadiah penghargaan telah disampaikan oleh GPK Kurikulum Pn Norida Binti Badarudin, GPK Kokurikulum SMAIG En. Mohamad Hafiz Bin Mahusain dan SU Sukan En Seh Baharudin Bin Seh Baharum. 

Tag: RENTAS DESA 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini