Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

TAKLIMAT PENJAGAAN KESIHATAN MULUT DAN GIGI

2 Februari 2017: Satu taklimat khas tentang penjagaan kesihatan mulut dan gigi telah diadakan di sekolah. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Siti Fatimah Binti Nasrudin pegawai dari Klinik Pergigian Temerloh. Justeru, pelajar - pelajar tingkatan satu dan dua telah menghadiri taklimat ini. Tujuan taklimat ini disampaikan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara penjagaan mulut dan gigi. Para pelajar memberikan sepenuh perhatian ketika taklimat disampaikan. Taklimat ini berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Makmal Bahasa SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI.

"GIGI KUAT, SIHAT DAN MENAWAN"

Tag: TAKLIMAT KESIHATAN GIGI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini