Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2017

Sesi persekolahan bagi tahun 2017 telah bermula. Bagi memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di SMA Al Ittifaqiyyah Guai berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, satu Program Gotong Royong Perdana telah dijalankan di SMA Al Ittifaqiyyah Guai pada 13 Julai 2017 baru-baru ini. Seperti mana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, program gotong royong perdana pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh seluruh warga sekolah yang terdiri daripada para guru, staf-staf sokongan serta para pelajar membantu mengerah keringat demi kemajuan sekolah. Program gotong royong ini juga diadakan bersempena dengan Program Pemantauan 4K (Kerohanian, Keselamatan, Keceriaan & Kebersihan)

Antara objektif Program Gotong Royong Perdana ini adalah:

      (i)     Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.

      (ii)    Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.

      (iii)   Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah.

    (iv)  Meningkatkan kerjasama & mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dengan pelajar-pelajar.
 

Tag: GOTONG ROYONG PERDANA 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini