Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

PERTANDINGAN SUKAN & ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 15-17 Februari 2017 telah berlangsungnya Pertandingan Sukan Dan Ilmiah Peringkat Sekolah bagi tahun 2017. Antara acara yang dipertandingkan ialah Bola sepak, Takraw, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring dan Futsal. Bagi kategori Ilmiah pula ialah Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Arab, Khutbah, Kupasan Hadith, Tafsir Al-Quran, Tilawah Al-Quran dan Nasyid. Semua acara yang telah dipertandingkan telah diwakili oleh pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Rumah Kuning, Hijau dan Merah. Semua guru dan pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta-peserta yang akan mewakili sekolah dalam MASISUPA ZON 3 2017 yang akan berlangsung di SMA CHENOR pada 1-5 Mac 2017. Diharap pelajar-pelajar dapat memberi komitmen dan dapat mengharumkan nama sekolah.

“MINDA YANG CERDAS DARI BADAN YANG SIHAT”

Tag: SUKAN & ILMIAH 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini