Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ MOHD IZHAR BIN DAUD

SMA GUAI – Pada 10 MAC 2017, satu majlis perpisahan telah diadakan di perkarangan Dataran Ar Rayyan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan perpisahan Ustaz Mohd Izhar yang akan bertukar ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB). Majlis dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, bacaan ayat suci al quran oleh Sheikh Shaaban seterusnya ucapan aluan pengetua. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan mendengar amanat terakhir yang telah disampaikan oleh insan yang dirai iaitu Ustaz Mohd Izhar Bin Daud. Semua Warga SMAIG mengucapkan salam perpisahan dan selamat bertugas ditempat baharu kepada Ustaz Mohd Izhar Bin Daud.

Tag: MAJLIS PERPISAHAN US. IZHAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini