Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

27 Mac 2023, Isnin – Program Ihya’ Ramadhan peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah Guai secara rasminya telah dilancarkan pada pagi Isnin bersamaan 5 Ramadhan1444H. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid dan dipengurusikan oleh Setiausaha Unit Dakwah dan Kerohanian, Ustaz Khairul Naim bin Ismail.

Antara program yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Iftar Jamaie, Khatam Al-Quran, Selawat dan Kuiz Ramadhan. Selain itu, beberapa program tambahan turut dalam perancangan untuk diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tag: Program 4K ramadhan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini