Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MASISUPA NEGERI 2018

Padang Tengku, Kuala Lipis -  Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke 34 Peringkat Negeri 2018 telah berlangsung selama empat hari bermula 17 Mac sehingga 20 Mac 2018 bertempat di Sekolah Menengah Agama Al Maidah Addiniah Padang Tengku Kuala Lipis Pahang. Kejohanan ini telah disertai oleh pelajar – pelajar dari semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang yang mewakili 4 zon. Antara acara Ilmiah yang dipertandingkan adalah Syarahan BM, BI dan BA, Tilawah Al-Quran, Tahfiz Al Quran, Kuiz BI, Kuiz BA, Kupasan Hadith, Tafsir Al Quran, Bahas BM, BI dan BA, Khutbah, Marhaban dan Nasyid. Acara sukan pula ialah Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Takraw dan Pingpong serta Memanah 
  
Tahniah diucapakan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam menyumbangkan pingat kepada sekolah serta zon masing-masing. Bagi pelajar yang telah berjaya, akan dipilih pula untuk mewakili Negeri Pahang di peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Sembilan (MIISMAM) dan Perak (KESSUMA) pada bulan Julai akan datang. 
 

Tag: MASISUPA NEGERI 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini