Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

PELANCARAN IHYA RAMADAN TAHUN 1442H/2021M

Ramadhan sudahpun menjelang tiba. Bulan yang mulia, penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Bulan ini disambut penuh meriah oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi mereka yang mempunyai azam yang tinggi untuk merubah hidup, Ramadhan menjadi salah satu titik permulaan bagi mereka untuk membina diri dan keluarga yang lebih dekat dengan Allah S.W.T. Menyedari hakikat ini, Badan Dakwah Ibadah & Surau dengan kerjasama Jawatankuasa Kerohanian (4K) meneruskan kesinambungan tarbiyah dengan menyusun pelbagai pengisian di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Mudah-mudahan melalui penyertaan program seumpama ini, akan membuahkan hasil dan diterima sebagai amal ibadah di sisi Allah SWT. Tanggal 9 April 2021 telah berlangsung Pelancaran Ihya Ramadan Tahun 1442H/2021M secara maya di Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai. Program ini berlangsung serentak dengan 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang lain. Program ini melibatkan 11 orang guru dan 57 orang pelajar tingkatan 5. Majlis dimulakan dengan ketibaan perasmi, nyanyian 3 buah lagu (Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami, lagu SMAN Pahang). Setelah itu, wakil pelajar tingkatan 3 tampil untuk membacakan ayat suci Al Quran, serta ucapan aluan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Encik Mohamad Hafiz Bin Mahusain. Ucapan perasmian telah disampaian oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Puan Hajah Norida binti Badarudin selaku wakil Tuan Pengetua, sekaligus merasmikan program pelancaran Ihya Ramadan tahun 2021. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada pelajar serta berakhir dengan sesi bergambar untuk kenang-kenangan.

Tag: IHYA RAMADAN 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini