Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN PELAJAR SMAIG

SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI: 10 FEBRUARI 2017- Pada hari ini telah diadakan satu Ceramah Kepimpinan yang telah disampaikan oleh  Pegawai Perhubungan Sekolah Sub Inspektor Muda Bin Mat Hassan dari IPD Bera. Ceramah disampaikan kepada barisan kepimpinan pelajar iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas dan Exco Asrama Putera dan Puteri. Selepas ceramah kepimpinan, program disusuli pula dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada barisan kepimpinan pelajar. Watikah Pelantikan telah disampaikan oleh Sub inpesktor Muda Bin Mat Hassan selaku tetamu jemputan pada hari ini. Kepada barisan kepimpinan pelajar diharap dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi sekaligus dapat membantu guru-guru dan staf SMAIG dalam menguruskan pentadbiran sekolah.

“ONE FOR ALL...ALL FOR ONE”

Tag: watikah pelantikan pelajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini