Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2016

16 MAC 2017 – Keputusan SPM 2016 telah diumumkan pada hari ini. Seramai 38 orang calon SPM 2016 telah mengambil keputusan mereka pada hari ini. Keputusan telah disampaikan oleh tuan pengetua. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya. Keputusan tertinggi iaitu 8A 1C yang dicatatkan telah diperolehi oleh pelajar yang bernama Mashitah binti Razak. Manakala keputusan 6A 3B pula diperolehi oleh Muhammad Amirulazizi bin Mohd Yusri dan Akmal Fikri bin Zulkifli telah memperoleh keputusan 6A 2B 1C. Secara keseluruhan Sek. Men. Agama Al Ittifaqiyyah Guai telah mencatatkan gred purata sekolah sebanyak 5.12 dan  telah menduduki tempat ke 14 daripada 18 buah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada guru-guru mata pelajaran SPM yang bertungkus lumus dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Diharap pelajar-pelajar akan lebih berusaha pada masa akan datang. 

Tag: KEPUTUSAN SPM 2016

0 komen

Sila berikan komen anda di sini