Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Tag: "smap"

Papar Artikel

Program Belia Pahang 2018

3 Mac, Sabtu – Beberapa pelajar SMAP telah menyertai Program Belia Pahang anjuran JAIP di Felda Kemasul. Seramai 3 orang guru pengiring beserta 10 orang pelajar terlibat dalam pertandingan Tazkirah dan Bacaan Talkin.

Alhamdulillah, pelajar SMAP di tabalkan menjadi johan untuk kedua-dua kategori. Tahniah di ucapkan.

Tag: JAIP bila pahang smap buletinsmap

Papar Artikel

Hari Komuniti Pusat Jalur Lebar

9 September, Sabtu - Sekali lagi pihak SMAP di jemput mengikuti program Hari Komuniti Pusat Jalur Lebar Simpang Pelangai.

Program yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 & 2 ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik khususnya berkaitan perkhidmatan Pusat Jalur Lebar antaranya kemudahan internet, fotostat, printing dan pelbagai lagi.

Penglibatan aktif pelajar pada hujung minggu ini berhasil apabila terdapat dikalangan mereka menerima hadiah. 

TAHNIAH dan terima kasih Pusat Jalur Lebar !

Tag: Hari komuniti pusat jalur lebar smap buletinsmap

Papar Artikel

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang

17 Ogos, Selasa - Hari ini diadakan sebuah majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang kali-16 2017 di UMP Gambang.

Seramai 9 orang pelajar SMAP telah ke majlis tersebut untuk menerima hadiah dan cenderamata oleh pihak JAIP. Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tahniah kepada para pelajar atas pencapaian tersebut!

Tag: anugerah pendidikan smap buletinsmap

Papar Artikel

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Zakat Majlis Ugama Islam Pahang

26 April, Rabu - Alhamdulilah dan terima kasih , itulah ucapan yang dapat diucapkan sebagai tanda kesyukuran diatas penerimaan wang bantuan zakat dari Majlis Ugama Islam Pahang bagi tahun 2017. Pada tahun ini, semua pelajar layak menerima RM 100 sebagai wang bantuan zakat dari Majlis Agama Islam Pahang. 
     Tiga orang pegawai Majlis Ugama Islam Pahang telah hadir bagi menyerahkan wang tersebut. Majlis penyerahan telah dijalankan didalam bilik darjah. Diharap dengan...

Tag: smap zakat muip