Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Tag: "asrama"

Program Pengurusan Disiplin Pelajar

2 April, Sabtu - Sebuah program telah diaturkan oleh unit HEP untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar khususnya buat pelajar tingkatan 4 & 5. Kira-kira 100 orang pelajar telah terlibat dalam Dewan Tingkatan 3 petang ini.

Program yang bermula pada 2.30 petang ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penceramah iaitu Puan Maheran binti Mansor, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( Hal Ehwal Murid) di Pejabat Pendidikan Daerah Raub. Program ini dihadiri Puan Pengtua, PK HEP, Ketua Warden dan...

Tag: disiplin Taklimat asrama pelajar hep

Majlis Angkat Sumpah & Akujanji Pelajar Rayuan Asrama

2 April, Sabtu - Turut berlangsung pagi ini ialah Majlis Angkat Sumpah & Akujanji oleh para pelajar yang merayu untuk menduduki asrama. Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Pengetua, Penolong Kanan HEP, Ketua Warden, ibubapa dan para pelajar yang terlibat.

Majlis sebegini perlu diadakan khusus untuk menyedarkan para pelajar akan pentingnya menjaga keharmonian dan kerukunan semasa berada di asrama. 

Tag: angkat sumpah akujanji asrama disiplin hep

Pendaftaran SMA Pelangai sesi 2022

2 April, Sabtu - Hari ini bermulanya sesi pendafataran persekolahan SMA Pelangai bagi sesi 2022. Pendaftaran yang bermula pada jam 8.30 pagi ini khusus untuk pelajar tingkatan 4 & 5 sahaja.

Alhamdulillah, sesi pagi ini melibatkan pembayaran yuran koperasi dan pengambilan buku teks berjalan dengan lancar. Pelajar tingktan 4 & 5 turut terlibat dengan program disiplin pada petang ini.

Tag: Pendaftaran sekolah asrama

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 & 5 ke Asrama

10 Oktober - Hari ini pelajar tingkatan 4 & 5 akan kembali ke asrama bagi memulakan sesi PdPC secara bersemuka mulai 11 Oktober ini.

Setelah 6 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sesi persekolah secara bersemuka bakal diadakan secara berperingkat dengan SOP yang ketat.

Kehadiran para pelajar ke asrama ini disaring dengan Rapid Test Kit bagi memastikan para pelajar benar-benar bebas dari jangkitan Covid19.

Selamat kembali

Tag: pembukaan sekolah kembali asrama rtk covid saringan