Pemeriksaan Peralatan Keselamatan Kebakaran
Tahniah diucapkan kepada pasukan bomba daerah Maran yang diketuai sendiri oleh Ketua Balai Bomba Maran, En Shamsul Affendy Bin Sulaiman yang sudi membuat pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran di Sekolah Menengah Agama Maran. Beliau dan pasukannya telah dibawa melawat ke seluruh kawasan bangunan sekolah oleh Tuan Pengetua SMAM sendiri iaitu Ustaz Shamsuri B Shamsudin. Tahniah.
Agihan Wang Bantuan Persekolahan MUIP
Alhamdulillah, agihan wang zakat oleh MUIP kepada pelajar-pelajar SMAM telah selesai dilakukan pada hari Rabu bersamaan 15 Mac 2017. Agihan telah dilakukan oleh pegawai MUIP pejabat MUIP Daerah Maran dari kelas ke kelas. Diharapkan wang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh pelajar-pelajar untuk pembelajaran mereka. Insyaallah.
Perlaksanaan SEGAK
Pada hari Sabtu bersamaan 11 Mac 2017, satu sesi perlaksanaan program SEGAK untuk pelajar-pelajar lelaki tingkatan 2 hingga 4 telah dilaksanakan oleh setiusaha sukan SMAM iaitu Ustaz Zakwan B Mohd Rosli. Program bermula seawal jam 9.30 pagi di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Tahniah kepada semua yang terlibat
Latihan Kebakaran (Fire Drill) Asrama
Alhamdulillah, SMAM telah berjaya menjalankan satu latihan kebakaran iaitu Pengosongan Bangunan pada malam 10 Mac 2017 pada pukul 12.30 malam. Terimakasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada pasukan bomba Maran yang sudi memberi kerjasama, bantuan, nasihat dan taklimat kepada warga SMAM yang terlibat. Antara staff SMAM yang terlibat pada malam itu ialah semua warden diketuai oleh ketuanya Ustaz Sarafi, Ustaz Rahimi, Ustaz Azrul, Cikgu Nadia, Ustaz Zakwan, Cikgu Abdullah dan Tuan...

